Like This ♥
Oh My PMR
Thursday, December 20, 2012 • 12:20 AM • 0 Love Letter ♥

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum wbt. Hai tawan tawan (kawan kawan). Hey adek adek (adik adik). So hengko dah dapat arr kan result hengko orang tu ? Dapat dah kan ? Haaa, macam mana result hengko ? Ada sama gempak macam hengko punya famous dekat Facebook or menjadi trending dekat twitter tu ha ? ha ? haaaa ??? *cekak pinggang*. Uuuuuu garangnyess akaks niesss. Haha. Ok btw, entry kali ni aku guna 'aku' k. Barulah nampak seakan-akan mesra sikett gittewww. Macam dah lama satu geng bas sekolah gittewwww :p

So, aku buat entry ni bukan ape sebenarnya. As we all know kan (cehh we all you hahak), result PMR tahun ni syiuuuuuuuuu jatuh gedebuk gedebak gedebek menjunam-junam ibarat air terjun di danau toba *eh?*. 

" Hadoooo, kebenda arr hengko ni? Tu arr banyak sangat memain, result pun kan dah macam #$%&$&* trutttt *disensoredkan* ", kata beberapa hamba Allah yang memang mintak pelempang sekali dua dekat mulut.

Wooo wooo wooo, brother sister. Ape hak kau cakap macam tu ? Ehem, kepada adik-adik sekalian. Dont worry spesies senior yang baik seperti akak yang sedang menaip ni *ehem* masih ada untuk mendukung korang even berat korang dah layak register the biggest loser. 

It's personally for me, YES kalau korang dapat result best kebaboom tu memang layaklah korang nak jerit plus berlari-lari anak dari satu blok ke satu blok dekat sekolah korang sebab gian sangat happy dapat result gempakz gitteww *ehem yang di atas JANGAN LUPA*. But in fact, it's YES jugak untuk korang yang tak berapa berjaya tu menangis, melutut, memeluk tiang kantin sekolah sebab frust habis result teruk. But but but, haa ko tengok tiga BUT aku bagi. Itu maknanya pesanan penting penaja *highlight kuning Stabilo*. Tak perlulah over macam aku cakap tu nak menangis peluk tiang kantin bagai. Menangis tu standard lah. Even orang yang berjaya pun menangis kan ? It's just a bit different sebab apa korang menangis tu. Two options, sama ada menangis KEGEMBIRAAN or menangis KESEDIHAN.

For this entry aku lebih focus kan pada students yang menangis kesedihan. Yang menangis kegembiraan tu dah arr ko blah blah. Bajet arr dapat result best puihh *over*. Hahaha. No no, korang pun boleh baca. 

So, dear students yang kesedihan. Gitteww ko ayat aku. Hahaha. Hmm, for me korang nak sedih tu boleh tapi janganlah lama sangat ok. Aku rasa lah paling lama pun dalam dua bulan lah maksimumnya. Kalau korang sedih dari tempoh masa tersebut, better go back and refer to the psychology. Korang tahu tak, kalau korang sedih melampau-lampau, result yang korang dapat tu still sama. Tak adanya korang bangun pagi esok tengok balik slip 

" He ehhhh, aku dapat straight A ropenyeeeee *mata berkaca-kaca* ". No ok. NOTHING WILL CHANGE ! 

" Elehh kak Hazira, akak boleh lah cakap macam tu. Akak dulu 9A. Akak tak faham perasaan saya kak ", kata seorang junior yang kesedihan.

Wooo wooo woooo, lek lu. Siapa cakap aku tak faham perasaan korang tu ? Ai ni seorang yang memahami tau. Haha. Yes, aku faham. Sebab ape ? Sebab aku pun pernah gagal dulu. Masa aku UPSR dulu. Aku tak dapat straight even aku ni Tokoh Pelajar 2008. Lagi ? Pelajar Terbaik Ko-kurikulum 2008. Lagi ? Pelajar Terbaik Koko-rikulum 2008. Lagi ? Pemegang sijil kebangsaan terbanyak *angkat kening*. Lagi ? Pelajar Gebang a.k.a Berlagak dari tahun 2008 - sekarang. Hahaha. Korang boleh imagine tak macam mana perasaan aku masa tu ? Macam-macam ok. 
Aku rasa ......

" Eii, aku ni tokoh pelajar tapi aku tak straight? Arghhhh !!! ". Lagi ?
" Weyy, dia tu kan trial tu dapat satu A je. Siap ade D lagi. Pehal dia boleh straight? Argghhhh !!! ".

Haaa, lebih kurang macam tu lah drama swasta hati aku masa tu. Harapan aku yang bermimpi sampai ke bintang nak masuk SBP or MRSM masa tu pun hancuss ko tau tak ? Adalah aku berkurung dalam bilik semalaman, menangis sampai ke pagi sebab frust sangat masa tu. Aku tahu result aku awal sebab mama aku kan cikgu. So dia bagitahu aku malam sebelum ambik result tu dan tak semena-menanya aku jadi anak yang tidur bawah ketiak mama malam tu sebab menangis punya kes. Sorry bah, malam tu abah kena tidur luar. Hahaha. So, jangan sesekali cakap aku tak faham ape korang rasa.

Aku tahu korang pun sebenarnya tahu kan, korang still ada masa lagi. Ada SPM lagi *asal aku terasa ni?*. Hahaha. Apa yang aku nak tekankan kat sini. Benda yang paling korang perlu ingat balik. Result korang masa exam biasa dulu dengan result PMR. Aku sure mesti ramai yang meningkat walaupun sikit. Aku dulu pun masa form 3 starting aku 2A je pun. Siap ada C lagi. Then masa trial lah baru rasa confident sikit sebab masa tu dah boleh scor 7A 2B. Kalau korang fikir just nak dapat result gempak je macam member yang lain memang lah bertambah-tambah perisa kecewa korang tu. So, bersyukurlah dengan seadanya. Itu rezeki yang Allah dah bagi. Usaha yang korang dah buat. Bertambah bagus kalau tu memang 100% usaha korang sendiri. 

Maybe ada sebabnya korang tak dapat result yang best. Sama ada tu je rezeki korang ATAU pun korang sendiri yang main-main. Niat pun korang kena check balik. Sebelum ni korang nak dapat straight A sebab ape ? Memang nak untuk ibu bapa korang atau nak dapat straight supaya boleh buat ayat macam tertera di bawah ini :

" Ayah, kalau kak chik dapat straight A, kak chik nak Samsung Galaxy Camera boleh ? Alaaa, yang kejap boleh jadi henpon kejap boleh jadi camera tu. Boleh ehh ehh ehh ? ", kata seorang anak sambil buat muka comel mata kelip kelip kepada ayahnya. 

Haaaa, you see ? Nak straight A just sebab nak mintak something dekat parents. Niat dah merewang dah tu. Tipulah kalau aku tak pernah ade niat macam tu. Ade. Especially masa aku UPSR dulu lah. Kan dah tak dapat straight ! Bila PMR, serious aku tak rasa nak apa-apa pun. Kalau ada pun, benda yang aku paling nak adalah aku nak Science aku A sebab masa UPSR dulu subject haprakk tu lah yang aku tak dapat A. Perghh, teringat pulak masa aku peluk Cikgu Sabariah masa majlis restu tahun lepas. Menangis-nangis aku meluahkan betapa aku nak Science aku A. Over pulak aku rasa. Hahaha. But tak salah kalau korang over nak sesuatu yang baik untuk korang. Right ?

So, adik-adik *nada nasihat* , usaha lagi. Kos yang korang nak ambik upper form nanti fikir masak-masak. Zaman form 4 BUKAN lah seindah honeymoon yang digembar-gemburkan tu ok. Serious ! Sebab aku pun banyak sangat problem especially berkaitan dengan emosi. So many bad things happened. Result akan down gila. Every exam ayat orang tanya " Kau berapa failed ? " akan lebih banyak daripada ayat orang tanya " Kau berapa A ? ". Sampaikan korang akan rasa yang korang akan gagal nanti. Nasib aku ni pun aku tak tahu. Tahun depan aku SPM dah. Banyak sangat-sangat lagi benda yang aku tak catch up. Sigh. Haihh jangan putus asa , jangan putus asa *cakap dengan diri sendiri*. 

That's all serba sikit aku nak share dengan korang. Hope sesiapa yang membaca entry ni akan dapat sesuatu yang berguna. InsyaAllah. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan segala yang buruk semestinya datang dari kita sebagai hambaNYA. Wassalam *cececehh, feeling ustazah pulak aku*. Hahaha. See yaa !



Muchos Amos,

Hazira Hamdan


Labels:



Assalamualaikum ! " Saya bercakap kerana saya peramah dan saya sombong kerana saya menjaga diri saya.. Terima kasih " Hazira Hamdan .. Sixteen years old .. See the beautiful in wide vision people ! :)
bold italic underline strike

Hazira Raif

Create your badge

PUT YOU OWN CBOX





Big helped by Aulia Septiya , Ziera Sharplet and Munyrah Iyra
Edited by Opie
Header by Rabiey
Follow & Dashboard Button by Ziera
Cursor by Fiqah
Hosted by YOUR NAME